Saturday 16 July 2011

aim mimpi ngeri..... korang mimpi apa ek malam tadi.....

bak kata orang tau-tua cuci kaki sebelum tidur....
agar tak minpi yang bukan2
tu lah yang aim selalu buat sebelum tidur,.....hehehe
kadang tu minpi ngeri...kadang tu minpi baik punya...


ni aim nak cerita pasal mimpi ni......

ada orang cakap mimpi tu mainan tidur,..... ada orang cakap mimpi tu petunjuk masa depan.... ada orang cakap mimpi tu saja nak takutkan kita... ada orang cakap mimpi syaitan nak sesatkan kita....

percaya atau tak tentang mimpi yang kita alami...
semuanya mesti lah berdasarkan
Al-quran dan sunnah ...

ni aim nak cerita sikit semalam aim mimpi dipatuk ular hehehehe....

bak taka orang tua2 ada orang nak masuk meminang ...siapa ker tu hehehehe
malu nya klu betul.....
heheheh kawin...buuuuuuuuuuu

...
apa pown bagi aim semua tu mainan tidur....
hehehe korang boleh lihat mimpi korang berdasarkan Al-quran...

Tafsir Mimpi Mengikut Islam

* Bermimpi duit terbelah dua alamatnya anda akan bergaduh

* Bermimpi bertengkolok besar atau berbaju besar anda akan menjadi orang berpengaruh atau berpangkat besar

* Bermimpi berkain hijau alamatnya segala kerja yang dilakukan akan mendapat keredhaan Allah Taala.Bermimpi memakai kain memberi alamat anda akan mendapat keuntungan yang besar

* Jika bermimpi kain di pinggang terkoyak alamat keluarganya akan mati dan kalau terkoyak baju alamat kematiannya

* Bermimpi mengenai bunyi gendang di dalam rumah alamatnya pekerjaan anda diberkati

* Jika bermimpi bunyi rebab alamat beroleh kegembiraan dalam hidup

* Jika bermimpi makan kuih apam alamatnya anda akan mendapat harta dan jika makan sehidangan dengan raja atau orang besar kehendak anda akan tercapai

* Bermimpi makan gula alamatnya seseorang akan berduka cita

* Bermimpi makan makanan masam memberi alamat anda akan sakit atau berduka cita

* Jika bermimpi memakan ubat alamatnya anda akan berada dalam keadaan aman dan sentosa

* Sekiranya bermimpi diri anda telah sembuh dari demam, menandakan cita-cita anda akan berjaya.

* Jika bermimpi muka anda merah atau hitam menandakan anda akan mendapat bahaya.

* Jika bermimpi gigi anda patah menandakan saudara anda akan mendapat kemalangan atau mati.

* Jika bermimpi diri anda dipukul orang atau mengalami perdarahan menandakan anda akan kehilangan harta.

* Jika bermimpi dimarahi guru, menandakan anda akan dimurkai oleh orang-orang besar.

* Jika bermimpi rumah anda atau rumah orang lain runtuh alamatnya anda akan difitnah.

* Jika bermimpi naik ke rumah besar atau mahligai yang indah anda akan memperoleh kebesaran di dunia dan akhirat.

* Jika bermimpi membuat rumah atau dinding alamatnya anda akan memperolehi kekayaan dan selamat dalam kerjaya anda.

* Jika bermimpi melihat rumah yang tinggi menandakan anda akan berkawan dengan orang jahat

* Bermimpi tangga rumah patah menandakan anda akan dikhianati

* Sekiranya di dalam mimpi anda anda berwudhuk alamatnya pekerjaan anda akan sempurna

* Jika bermimpi tidak boleh berenang atau sesak nafas yang teramat sangat menandakan anda akan memperoleh harta atau ilmu

* Sekiranya anda bermimpi berjalan atau berlayar ke sesuatu tempat yang jauh menandakan anda akan dipermuliakan orang

* Bermimpikan ayam sabung menyambung menandakan anak lelaki anda akan berkawan dengan orang baik

* Jika bermimpi melihat Allah Taala dengan ketiadaan yang menyerupai baginya dengan sesuatu , segala kehendak akan diperolehnya dan dialah WaliAllah yang beroleh kebesaran di dunia dan akhirat

* Sekiranya seseorang bermimpi melihat Rasulullah s.a.w anda akan masuk syurga

* Jika bermimpi melihat malaikat Jibrail a.s datang kepada anda, anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat

* Jikadi dalam mimpi seseorang itu melihat titian siratulmustaqim, seseorangitu akan mendapat pekerjaan yang baik dan dijauhi daripada kejahatan

* Sekiranya bermimpi melihat pendita atau fakir, anda akan dikurniakan sesuatu oleh Allah s.a.w

* Sekiranya bermimpi melihat lelaki lebih ramai daripada perempuan menandakan anda akan mendapat kebajikan

* Jika bermimpi memegang dakwat atau kalam, alamatnya anda akan memperoleh isteri, ilmu dan harta yang halal

* Jika bermimpi mata atau tubuh anda bercahaya alamatnya anda akan memperoleh kebajikan dengan sempurna.


oklah DHUUUUUUUUUUUUUUU

No comments: